بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillahirobbilálamin
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam
Telah timbul kekaguman dan minat terhadap tokoh Islam yang terkenal Badiuzzaman Said Nursi selepas habis membaca novel sejarah kisah hidup hasil tulisan Abdul Latip Talib. Penulis ini telah mengembara ke Turki bersama-sama ahli rombongan lainnya bagi mendapatkan maklumat tentang tokoh Islam berkenaan dan juga bagi mengesahkan fakta-faktanya. Membaca novel berkenaan seolah-olah kita dibawa semula ke zaman Said Nursi di mana perasaan dan emosi bagaikan dapat merasakan suasana, suka duka dan semangat tokoh berkenaan dalam menjalani kehidupannya yang sebahagian besarnya memperjuangkan Islam khususnya keimanan di saat Islam ditindas dengan hebatnya.
Ada ketikanya timbul rasa terharu dan sedih hingga dapat menitiskan airmata dan ada ketikanya secara spontan hati dengan khusyuk terus memanjatkan doa agar Allah limpahkan kurniaan rahmatNya kepada almarhum Said Nursi atas segala pengorbanan yang beliau lakukan. Said Nursi seorang tokoh yang luar biasa, memang beliau layak diberikan gelaran 'Bediuzzaman'. Risalah al-Nur adalah tulisan beliau yang sangat terkenal yang ditulis ketika beliau dibuang daerah dan dipenjarakan. Risalah ini dihasilkan dan disebarkan secara rahsia. Dengan bantuan anak-anak muridnya yang setia, Risalah al-Nur akhirnya tersebar juga ke kota-kota dan desa-desa.
Risalah al-Nur atau Rasaíl al-Nur adalah satu tafsiran Al-Quran yang memfokuskan kepada persoalan tentang keimanan. Risalah berkenaan menjadi bacaan orang ramai apabila al-Quran dan kitab-kitab agama diharamkan. Terdapat lebih daripada 130 tajuk, antaranya al-Kalimat, al-Maktubat, al-Lamaat dan al-Shuáat.
Saya telah pergi ke kedai-kedai buku di sekitar Jalan TAR bertanyakan sekiranya ada dijual buku karya Said Nursi Bediuzzaman. Jawapannya mengecewakan. Saya juga bertanya teman saya yang diketahui mempunyai koleksi kitab-kitab sekiranya ada karya said Nursi dalam koleksi beliau. Akhirnya beliau terjumpa sebuah buku nipis bertajuk Iman dan Kekufuran yang diterjemahkan oleh Mat Nasir Ismail yang dicetak pada tahun 1986 terbitan Dewan Pustaka Fajar. Tanda harga buku berkenaan masih ada, S3.40 sen. Buku tersebut mengandungi 77 muka surat sahaja tetapi yang menariknya terdapat gambar-gambar Said Nursi ketika beliau masih agak muda dan ketika sudah berusia. Dengan perasaan hati yang gembira buku tersebut dapat dikhatamkan dalam masa yang singkat sahaja.
Tidak putus atas dengan kegagalan mendapatkan sebarang buku Said Nursi di kedai buku sekitar Jalan TAR, baru-baru ni saya sekali lagi pergi ke kawasan tersebut. Meninjau-ninjau kedai-kedai buku lain menanyakan tentang buku-buku Said Nursi. Kedai yang mula-mula saya masuk, tidak ditemukan walau sebuah buku Said Nursi. Saya teruskan pencaraian. Kemudian di sebuah kedai buku lain yang tidak berapa besar, saya bertanya lagi tentang buku Said Nursi. Saya katakan "Saya mencari buku-buku tulisan Said Nursi, kalaulah ada saya akan beli samada buku lama atau baharu, Bahasa Melayu atau English dan Bahasa Indonesia pun saya hendak". Alhamdulillah, akhirnya kali ini saya diberi harapan mungkin ada buku Said Nursi di kedai tersebut. Selepas mencari, dijumpai tiga buah buku iaitu dua buah buku kulit keras yang saiz sederhana bertajuk Kehidupan Rasulullah dan Dari Balik Lembaran Suci terbitan Prenada Media, Jakarta Timur Indonesia. Sebuah lagi buku kulit nipis tapi agak tebal bertajuk Menikmati Takdir Langit (Lamaát). Dengan rasa gembira, saya membawa balik ketiga-tiga buku tersebut.
Sekarang ni saya mencuba mencari ruang masa bagi membaca buku-buku tersebut. Saya sudah membaca hampir separuh buku Dari Balik Lembaran Suci. Semoga memperoleh manafaat daripada membaca buku-buku berkenaan, in sya Allah.
In sya Allah, saya akan terus menambahkan koleksi Risalah al-Nur pada masa akan datang.
Lahaulawalaquwataillabillahil'aliyil'azim.
Wassalam
Hidup di dunia ibarat musafir yang berhenti di persinggahan untuk berehat seketika melepaskan kepenatan dan menyediakan bekalan bagi meneruskan perjalanan yang jauh. Jangan sampai terleka berehat atau bersuka suka sehingga terlupa menyediakan bekalan.
Wednesday, May 8, 2013
Friday, May 3, 2013
Pesanan oleh Almarhum Al-Ustaz Badi Al-Zaman Sa'id Nursi
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillahirobbilálamin
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam
Almarhum Al-Ustaz Badi Al-Zaman Sa'id Nursi adalah tokoh mujahid dan mujadid Islam abad ke 14 Hijrah. Seluruh kehidupannya telah dikorbankan dalam perjuangan menegakkan kembali Islam selepas runtuh bersama runtuhnya Kerajaan Islam Uthmaniah oleh kuasa sekularism pimpinan Kamal Antartuk. Riwayat hidup dan perjuangan tokoh yang satu ini sangat menarik dan luar biasa serta dapat memberikan inspirasi dalam perjuangan kita memelihara keimanan, menegakkan amal soleh serta menjauhi kemungkaran dan kekufuran.


Seperti di bawah adalah sedutan pesanan yang dikutip daripada tulisan Almarhum Al-Ustaz Sa'id Nursi yang in sya Allah dapat dimanafaatkan bersama:
Sekiranya kamu inginkan teman, cukuplah Allah bagi kamu
Sekiranya kamu ingin penasihat, cukuplah kematian bagi kamu
Sekiranya kamu inginkan kekasih, cukuplah al-Quran bagi kamu
Sekiranya kamu inginkan harta, cukuplah qanaah bagi kamu
Sekiranya kamu inginkan musuh, cukuplah nafsu bagi kamu
Semoga kita sentiasa mengejar redha Allah dan semoga Allah redha kepada kita semua, amin ya Rabb.
Lahaulawalaquwwataillabillahil'aliyil'azim.
wassalam
Alhamdulillahirobbilálamin
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam
Almarhum Al-Ustaz Badi Al-Zaman Sa'id Nursi adalah tokoh mujahid dan mujadid Islam abad ke 14 Hijrah. Seluruh kehidupannya telah dikorbankan dalam perjuangan menegakkan kembali Islam selepas runtuh bersama runtuhnya Kerajaan Islam Uthmaniah oleh kuasa sekularism pimpinan Kamal Antartuk. Riwayat hidup dan perjuangan tokoh yang satu ini sangat menarik dan luar biasa serta dapat memberikan inspirasi dalam perjuangan kita memelihara keimanan, menegakkan amal soleh serta menjauhi kemungkaran dan kekufuran.
Sekiranya kamu inginkan teman, cukuplah Allah bagi kamu
Sekiranya kamu ingin penasihat, cukuplah kematian bagi kamu
Sekiranya kamu inginkan kekasih, cukuplah al-Quran bagi kamu
Sekiranya kamu inginkan harta, cukuplah qanaah bagi kamu
Sekiranya kamu inginkan musuh, cukuplah nafsu bagi kamu
Semoga kita sentiasa mengejar redha Allah dan semoga Allah redha kepada kita semua, amin ya Rabb.
Lahaulawalaquwwataillabillahil'aliyil'azim.
wassalam
Sunday, April 28, 2013
Pilihlah Yang Memberatkan Hawa Nafsu
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam
Saban masa dan ketika dalam kita meniti kehidupan ini, kita tidak dapat lari daripada membuat keputusan atau memilih antara pilihan yang ada. Berbagai cara dapat kita gunakan dalam membantu kita membuat keputusan. Umpamanya dengan berfikir secara serius, berbincang atau meminta pendapat orang lain dan sebagainya. Cara yang dianjurkan dalam Islam sekiranya kita benar-benar kurang pasti dalam menentukan keputusan ialah dengan mendirikan solat istikharah. Kita mohon semoga Allah memberikan kita petunjuk untuk membuat keputusan yang terbaik.
Saya sangat tertarik dengan petikan hikmah daripada Syaikh Ibn `Atha`illah as-Sakandiri yang boleh dijadikan panduan dalam membuat pilihan, seperti berikut:
"Apabila ada dua hal yang membuat kalian bingung (memilihnya), maka perhatikanlah mana yang lebih memberatkan nafsu kalian, lalu ikutilah. Sebab, tidak akan memberatkan hawa nafsu selain hal yang sebenar".
Tentang nafsu, telah dinyatakan dalam Al Quran akan kecenderungannya dalam surah Yusuf (12:53):
Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.
Daripada ayat ini, kita juga diperingatkan bagaimana caranya untuk terselamat dari keburukan nafsu iaitu dengan berdoa dan memohon rahmat daripada Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Semoga kita semua dirahmati Allah dan terselamat dari membuat pilihan yang salah kerana menuruti dorongan oleh hawa nafsu.
Lahaulawalaquwataillabillahil'aliyil'azim.
Lahaulawalaquwataillabillahil'aliyil'azim.
Wassalam.
Wednesday, March 13, 2013
Qadar Yang Lebih Halus: Mari Kita Renungkan Nafas Kita
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillahirobbilálamin
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam
Ingin saya kongsikan bersama di sini tentang merenung ''qadar" pada tahap yang lebih halus iaitu nafas kita.
Biasanya kita kurang memerhatikan nafas kita kerana ia terjadi secara spontan, tanpa bersusah payah dan dianggap remeh untuk diperhatikan. Perkara yang dianggap remeh ini perlu kita perhatikan dengan saksama. Apakah berbeza perkara yang dianggap remeh dengan perkara yang dianggap besar dalam perkaitannya dengan perjalanan qadar. Kita tanya diri kita apakah setiap nafas yang kita tarik dan hembus itu berlaku secara percuma, tanpa perkiraan, tidak mengikut sukatan yang Allah SWT tentukan? Adakah setiap tarikan dan hembusan nafas hanya nafas sahaja yang berlaku atau pada masa yang sama berbagai-bagai qadar lagi yang terjadi?. Perkara yang dianggap kecil ini harus direnung secara mendalam agar kita mendapat pengertian tentang qadar secara lebih halus dan terperinci.
Nafas ialah udara yang keluar masuk pada badan kita melalui hidung dan mulut. Satu hembusan udara yang keluar dari badan kita dipanggil satu nafas. Nafas ini penting bagi jasmani kita serta menjadi nyawa kepada diri kita yang zahir. Penghidupan diri yang zahir diukur dengan perjalanan nafas. Kita biasanya menyukat umur kita dengan kiraan tahun. Kita tidak menyukat umur kita dengan kiraan bulan, apa lagi dengan kiraan hari dan jam. Sebenarnya sukatan yang tepat tentang umur ialah nafas. Berapa jutaan hembusan nafas itulah umur kita.
Kita melihat qadar sebagai ketentuan Ilahi yang berlaku kepada kita dalam skop yang luas. Sikap memandang qadar secara meluas menyebabkan kita terlindung untuk melihatnya pada setiap detik dan setiap kejadian. Sebab itu kita sering terkeluar daripada berpegang kepada qadar. Andainya kita memandang hidup secara tepat iaitu dengan hitungan nafas nescaya kita akan melihat qadar secara halus sebagaimana halusnya kiraan nafas. Dapatlah kita menghayati benar-benar bahawa pada setiap hembusan nafas itu berlaku qadar mengikut ketentuan Ilahi. Jumlah udara yang keluar masuk pada badan kita bagi setiap perjalanan nafas adalah menurut sukatan yang Allah SWT tentukan. Jumlah nafas yang akan kita hembuskan juga telah ditentukan oleh Allah SWT dan apabila jumlah nafas yang telah disediakan untuk kita itu habis maka kita akan mati.
Jika kita dapat melihat perjalanan qadar hingga kepada peringkat yang halus ini, nescaya pandangan mata hati kita tidak akan terlepas daripada melihat qadar pada setiap detik dan pada setiap kejadian. Kita akan melihat bahawa jumlah air hujan yang berdetik di atas bumbung rumah kta adalah mengikut sukatan yang telah ditentukan Allah SWT. Bilangan debu yang berterbangan juga ditentukan Allah SWT. Helaian rambut yang gugur dari kepala kita juga ditentukan Allah SWT. Panjang, lebar dan dalam luka yang kita alami ketika berlaku kemalangan juga ditentukan Allah SWT. Tidak ada satu pun yang menyimpang dari qadar menurut ketentuan Ilahi. Sesungguhnya Allah SWT al- Latif, Maha Halus, tidak ada sesuatu yang terkeluar daripada perkiraan dan pentadbiranNYa. Semua mahkluk berjalan di atas landasan qadar yang diaturkanNya. Sesungguhnya Allah SWT tidak sekali-kali lalai, tidur atau keliru. Apa yang Dia tentukan itulah yang berlaku. Sesungguhnya Allah Maha Bijaksana, tidak ada yang sumbang pada penciptaan dan perjalanan penciptaanNya.
(Surah Hud 11: ayat 56). Terjemahannya: Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan tuhan kamu. Tiada sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
(Surah al Hadid 57:ayat 22) Terjemahannya: Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu mudah bagi Kami.
Allah SWT menetukan ketentuan sejak azali. Tidak ada sesiapa yang tahu tentang ketentuan Allah SWT. Malaikat hanya menjalankan perintahNya. Apa yang ada pada sisi malaikat boleh diubah olehNya, tetapi apa yang ada di sisiNya tidak pernah berubah. Malaikat menjalankan tugas dan manusia melakukan kewajipan. Tuhan memiliki ketentuan yang mutlak. Doa dan amal manusia mungkin menjadi asbab kepada berlakunya perubahan pada apa yang berada dengan malaikat yang menjalankan tugas, jika Tuhan izinkan, tetapi ia tidak mengubah apa yang pada sisi Tuhan. ilmu Tuhan meliputi yang awal dan akhir. Segala sesuatu telah ada pada ilmuNya sebelum ia berlaku lagi. Urusan yang demikian sangat mudah bagi Allah SWT. Malaikat dan manusia tidak memiliki ilmu yang demikian. Malaikat semata-mata patuh kepada apa yang Allah SWT perintahkan. Manusia pula perlu bergerak pada makamnya dan berusaha meningkatkan perkembangan kerohaniannya sehingga ia menjadi sesuai dengan kehendak Allah SWT.
(Dengan izin daripada Syarah al Hikam dua- Sufi Islam Darul Iman)
Monday, March 11, 2013
Mari Kita Mulakan Menghafaz Al Quran
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillahirobbilálamin
Alhamdulillahirobbilálamin
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam
Hujung minggu sudah saya telah menghadiri seminar "Kaedah Jibril-Teknik Mudah dan Praktikal Menghafaz al-Quran". Saya hanya bersetuju apabila anak mengajak saya dan suami ke seminar tersebut dan beliau telah mendaftarkan kami secara on-line. Saya tidak pernah tahu secara spesifik tentang kaedah tersebut, sekadar pernah mendengar orang menyebut Kaedah Jibril. Dalam hati saya meneka, mungkin nama kaedah tersebut ada kena mengena dengan peristiwa malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Rasulullah SAW. Saya pergi ke seminar berkenaan dengan hati terbuka untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentangnya. Saya juga katakan dalam hati " Pasti ada hikmah dan kebaikan di sebalik takdir Allah menghantar kami untuk mengikuti seminar ini". Terjadinya sesuatu bukan tanpa sebab atau hanya secara kebetulan.
Memang pernah terlintas di hati untuk menghafaz al Quran, bukan sahaja surah-surah penting seperti Surah Yasin dan As Sajdah. Yang berjaya dihafaz hanyalah beberapa surah lazim untuk dibaca dalam solat (Al Fatihah tidaklah boleh diambil kira sebab tanpanya tidak sah solat). Surah yang paling panjang berjaya dihafal ialah Surah Al Mulk (cuma 30 ayat). Itupun mengingatkan fadilat surah tersebut sebagai pemberi syafaat sebagai penyelamat daripada azab kubur dan hadis Rasulullah SAW "Aku suka jika Surah Al Mulk ada dalam hati setiap umatku". Walaupun surah Yasin telah berulang-ulang dan banyak-banyak kali dibaca sehingga apabila ada orang membacanya, mampu membaca bersama-sama tanpa melihat musyaf Al Quran. Tapi jika disuruh baca sendiri-sendiri tanpa melihat Al Quran-impossible rasanya. Impian nak menghafaz al Quran akhirnya dipendamkan jauh di lubuk hati bagaikan tidak mungkin akan timbul kembali.
Selepas separuh hari mengikuti seminar menghafaz al Quran dengan Kaedah Jibril, impian yang sudah sekian lama dipendam, rasanya timbul kembali. Ustaz Muhammad Asraff Ayob Al-Hafiz (pengasas kaedah ini) sangat bersungguh memberikan motivasi untuk menghafaz Al Quran, sekurang-kurangnya surah-surah penting termasuk Yasin, Al Waqiah, Ar Rahman dan sebagainya. Beliau menekankan tentang pentingnya untuk menghafaz, memahami dan mengamalkan kandungan Al Quran terutamanya bagi meraih keberkatan dalam hidup. Dengan keazaman yang tinggi, teknik yang betul dan keyakinan penuh kepada Allah, in sya Allah impian untuk menghafaz Al Quran akan dapat dicapai.
Kaedah ini dinamakan demikian sempena dengan nama malaikat penghantar wahyu yakni Malaikat Jibril. Dalam peristiwa penurunan wahyu pertama, Malaikat Jibril telah memeluk erat baginda Nabi Muhammad sehingga hampir sesak nafas sambil menyerukan Iqra' (bacalah) sebanyak dua kali dan setiapkalinya dijawab oleh Nabi SAW "Saya tidak boleh membaca". Akhirnya selepas pelukan yang ketiga Malikat Jibril terus membacakan ayat pertama daripada Surah Iqra'. Kaedah yang diasaskan oleh Ustaz Asraff ini banyak menggunakan angka tiga, seperti tiga kali ulang, tiga kali waktu solat dan tiga baris. Kaedah ini memerlukan komitmen 30 minit sehari untuk menghafaz tiga baris al Quran sehari. Tiga puluh (30) minit tersebut termasuk 5 minit pembiasaan, 15 minit hafazan dan penggabungan dan 10 minit pengukuhan. Tiga baris ayat yang telah dihafaz perlu diulang 3 kali yakni sebelum solat, dalam solat dan selepas solat pada hari itu. Untuk hari seterusnya, dilakukan proses yang sama untuk 3 baris berikutnya. Ustaz menasihatkan supaya memulakan hafazan pada hari Isnin, berterusan hingga hari Jumaat. Hari-hari hujung minggu, diperuntukan untuk pengulangan semua barisan ayat-ayat yang sudah dihafaz.
Menurut Ustaz Asraff tenik ini disarankan untuk mereka yang sibuk dengan urusan harian. Dengan teknik ini, kita menetapkan target hafazan harian dan melaksanakan pelan tindakan bagi mencapai target berkenaan. Melalui kaedah atau teknik ini, menghafaz al Quran bukanlah sesuatu yang mustahil bagi sesiapa sahaja. Namun bukanlah ia sesuatu yang terlalu mudah kerana masih perlu diperuntukkan masa, kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Termotivasi dengan seminar yang telah diikuti, saya berazam untuk mencuba secara serius kaedah ini. Sebagai permulaan, saya telah memilih untuk menghafal surah al Waqiah. Alhamdulillah, ketika saya menulis entri ini, 50 ayat yang pertama sudah dapat dihafal.
Semoga Allah kurniakan kekuatan dan keikhlasan kepada saya untuk meneruskan usaha menghafaz ini semata-mata untuk mencari keredhaanNya dan hanya menggantungkan harapan dan pertolongan dariNya semata-mata jua "Laa haula walaa qquwwata ila billah''. Semoga Allah perkenankan doa untuk mencapai impian ini.
Semoga Allah kurniakan kekuatan dan keikhlasan kepada saya untuk meneruskan usaha menghafaz ini semata-mata untuk mencari keredhaanNya dan hanya menggantungkan harapan dan pertolongan dariNya semata-mata jua "Laa haula walaa qquwwata ila billah''. Semoga Allah perkenankan doa untuk mencapai impian ini.
Wassalam.
Saturday, March 2, 2013
Mohon Allah kurniakan Hikmah (Kebaikan Yang Sangat Banyak)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillahirobbilálamin
Alhamdulillahirobbilálamin
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kita dalam kita menjalani musafir kehidupan dan selagi diizinkanNya menghirup udara di bumi milikNya ini. Segala sesuatu yang kita jalani dan nikmat yang diperolehi hanyalah semata-mata kurniaanNya, Alhamdulillah.
Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang berulang-ulang kali menyatakan tentang nikmat kurniaanNya yang wajib disyukuri oleh hamba-hambaNya. Tentang kurniaanNya, Allah SWT menerangkan sesuatu yang apabila dikurniakan kepada hambanya adalah sebenar-benarnya "suatu kebaikan yang yang banyak". Firman Allah dalam Surah Al Baqarah (2:269)
Terjemahannya: Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pelajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya'.
(He granteth wisdom to whom He pleased; and he to whom wisdom is granted receiveth indeed a benefit overflowing; but none will grasp the Message but men of understanding).
Perkataan hikmah di dalam Al Quran disebut sebanyak 20 kali. Terdapat beberapa maksud ''hikmah'' berdasarkan dalil-dalil daripada Al Quran yang dikemukan oleh para pentafsir: antaranya ialah kenabian; syariat-syariat (tentang halal dan haram) ; pengetahuan mendalam tentang al Quran (sebahagian besar penafsir berpandangan begini); sampainya kepada hakikat pesanan Tuhan dalam ucapan dan perbuatan; pengetahuan agama yang luas; pemahaman dan penerimaan yang benar daripada agama; termasuklah pendapat Allamah Thaba-thabai RA yang menyeluruh yang merangkumi semua pendapat yang lain (ruj. Islam quest.net).
Berkaitan dengan hikmah, Rasulullah SAW bersabda "Al Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia didapati, dia adalah orang yang paling berhak terhadapnya (riwayat At Tirmidzi). Dapat difahamkan daripada ini bahawa hikmah merujuk kepada sesuatu yang membawa kebaikan dan manafaat termasuklah apa jua bidang ilmu yang membawa kesejahteraan hidup manusia.
Lantaran mengetahui betapa banyaknya kebaikan di sebalik kurniaan hikmah oleh Allah SWT, seharusnya menjadi cita-cita dan impian setiap kita untuk mendapatkannya. Al Quran menyatakan bahawa Allah mengurniakan hikmah kepada para nabi, antaranya:
Terjemahannya: Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad ), nescaya berhasillah cita-cita segolongan daripada mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikit pun; dan (selain itu) Allah menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepadamu amatlah besar (An Nisaa' 4:113).
Dalam Surah An Anbiyaa' (21:79)

Terjemahannya: Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan bagi gunung ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
Nabi Ibrahim AS, yang sememangnya dikurniakan hikmah oleh Allah sebagai seorang Nabi, namun baginda tetap berdoa kepada Allah memohon dikurniakan akan hikmah seperti dalam Surah as Syu'ara (26:83)
Terjemahannya: Wahai Tuhanku, berikanlah daku hikmah (pengetahuan agama), dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.
Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar dikurniakan kita dengan hikmah dalam kita menjalani setiap detik kehidupan di dunia ini. Doa seperti yang pernah diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS seperti di atas boleh kita jadikan doa amalan kita, begitu juga dengan ayat 79 Surah An Anbiyaa seperti tertulis di atas. Semoga Allah berkenan mengurniakan kita dengan 'kebaikan yang sangat banyak", amin... Ya Rabb.
Lahaula wala quwwatailla billahiláliyilázim
Wassalam.
Rujukan:
Terjemahannya: Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu (wahai Muhammad ), nescaya berhasillah cita-cita segolongan daripada mereka yang bertujuan hendak menyesatkanmu, padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri; dan juga mereka tidak akan dapat mendatangkan mudarat kepadamu sedikit pun; dan (selain itu) Allah menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) serta Hikmah (pengetahuan yang mendalam), dan telah mengajarkanmu apa yang engkau tidak mengetahuinya. dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkanNya kepadamu amatlah besar (An Nisaa' 4:113).
Dalam Surah An Anbiyaa' (21:79)
Terjemahannya: Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan bagi gunung ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.
Nabi Ibrahim AS, yang sememangnya dikurniakan hikmah oleh Allah sebagai seorang Nabi, namun baginda tetap berdoa kepada Allah memohon dikurniakan akan hikmah seperti dalam Surah as Syu'ara (26:83)
Terjemahannya: Wahai Tuhanku, berikanlah daku hikmah (pengetahuan agama), dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.
Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar dikurniakan kita dengan hikmah dalam kita menjalani setiap detik kehidupan di dunia ini. Doa seperti yang pernah diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS seperti di atas boleh kita jadikan doa amalan kita, begitu juga dengan ayat 79 Surah An Anbiyaa seperti tertulis di atas. Semoga Allah berkenan mengurniakan kita dengan 'kebaikan yang sangat banyak", amin... Ya Rabb.
Lahaula wala quwwatailla billahiláliyilázim
Wassalam.
Rujukan:
Surah.My tafsiran Al Quran Bahasa Melayu
Tuesday, February 26, 2013
Munajat (Tasawuf Moden oleh Prof Dr Hamka)
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Alhamdulillahirobbilálamin
Alhamdulillahirobbilálamin
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam
Ilahi!
- Sudah kudengar segala seruan yang disampaikan kepadaku, maka timbullah minat dalam hatiku hendak mengerjakan seruan-Mu, perintah untuk kebahgiaanku. Aku mengaku bahawa semuanya untuk kemaslahatan dan kesucianku. Tetapi kedha'ifan dan kelemahanku selalu mendorongku ke jalan yang tidak Engkau sukai.
- Tuhanku! Dosa yang aku kerjakan, amat kecil bila dibandingkan dengan besarnya keampunan-Mu. Kalau Tuhan hendak mencelakakanku, gelap jalan yang aku tempuh dan tak seorangpun yang kuat kuasa mempertahankan aku. Kalau Tuhan hendak memberi aku malu, maka terbukalah rahsiaku, walaupun bagaimana aku menyembunyikannya. Kerana itu, ya Tuhanku, sempurnakan awal hikmah-Mu sampai ke hujungnya, dan jangan Tuhan cabut apa yang telah diberikan.
- Ya Tuhan yang telah memberi aku pakaian cinta, yang selamanya tiada luntur dan usang.
- Tuhan yang menjaga aku di dalam perjalanan dan diam, berilah aku sedikit cahaya pun jadilah, dari Nur-Mu!
- Dengan ingat akan Engkau, oh Tuhanku, aku beroleh nikmat. Orang yang berjalan di luar garis-Mu, tersesat dan terpencil.
- Aku yakin keluasan ilmu-Mu. Engkau tahu apa yang tersimpan di hatiku.
- Ilahi! Amat banyak kesalahanku, aku sia-sia dan lalai, padahal anugerah-Mu meliputi diriku.
- Aku sembunyikan dosaku daripada mata makhluk, padahal Engkau selalu melihat dan memperhatikannya. Dalam pada itu, Tuhan sedia pula mengampuni.
- Demi kebesaran-Mu! Sejahat-jahat makhluk-Mu, tidak ada yang tak merasa jahat kejahatannya yang dikerjakan. Tetapi dia lemah dan dungu sebab itu Engkau ampuni dia.
- Aku ini dungu hai Tuhan, ampuni aku!
Ilahi!
- Sudah amat jauh tersesat perjalananku. Sekarang aku pulang kerana aku tahu, tiap-tiap aku bersalah, dengan nikmat jua Tuhan balasi.
Kata orang enak sekali berkenalan dengan Raja dari segala
Raja. Yang tiada menutup pintunya pada setiap
orang yang hendak menghadap!
Raja. Yang tiada menutup pintunya pada setiap
orang yang hendak menghadap!
Hatiku telah bergembira, kerana Engkaulah tujuan
perjalananku. Tuhan yang menanggung segala
perbekalanku. Tuhanku! Maha Besar Engkau!
perjalananku. Tuhan yang menanggung segala
perbekalanku. Tuhanku! Maha Besar Engkau!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, setelah hampir sedekad berkhidmat kepada penghuni penghuni rumah kami, akhirnya unit unit 'sho...
-
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, setelah hampir sedekad berkhidmat kepada penghuni penghuni rumah kami, akhirnya unit unit 'sho...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirobbilálamin. Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasohbihiwassalam. Kelebihan bermusafir ...
-
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ Alhamdulillahirobbilálamin Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam Saban masa ...
