Thursday, January 4, 2018

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, setelah hampir sedekad berkhidmat kepada penghuni penghuni rumah kami, akhirnya unit unit 'shower' dan 'water heater' yang lama tersebut telah digantikan dengan yang baru hari ini. Yang lama tu suhunya tidak dapat di kawal dan keadaan keseluruhannya sudah nampak lama. Aku berterima kasih kepada dua orang technician berbangsa Cina yang telah memasang appliances tersebut dengan pantas sekali. Aku memuji mereka kerana kepantasan mereka menjalankan kerja yang ditugaskan, walaupun nampak sangat mereka masih sangat muda.

Syukur Alhamdulillah. Aku mengajak diriku supaya sentiasa cuba bersyukur atas apa saja yang dikurniakan Allah SWT. Tanpa rahmat dan izinNya, nescaya tidak berlaku segala sesuatu. Janji Allah, sekiranya kita bersyukur nescaya Allah akan tambahkan nikmat kepada kita, sebaliknya sekiranya kita kufur atas nikmat yang Allah berikan, maka diperingatkan kita akan azabNya yang pedih.

Semoga Allah terus mengajar kita untuk menjadi hambaNya yang tahu bersyukur. Allahumma aamiin Ya Rabb.


Monday, April 10, 2017

Bismillahirrahmanirrahim,
AllahummasolliálaMuhammad wa'ala aliMuhammad wasahbihiwwassalam



Alhamdulillah kelmarin 9 April 2017, hari Ahad saya bersama beberapa ahli keluarga selamat bermusafir ke Kuantan. Selepas menghadiri kenduri kahwin, kami bertolak ke Kuantan dengan dua buah kereta. Sebuah kereta lagi telah bertolak terlebih dahulu. Kami tiba di Kuantan waktu malam. Oleh kerana ''homestay'' yang kami tempah lokasinya melepasi Tanjung Lumpur, kami mengambil keputusan untuk berhenti makan malam dengan hidangan makanan laut di Tanjung Lumpur dahulu. kami singgah di Restoran Super Top. Kami puas dapat menikmati hidangan masakan laut yang memang menjadi kesukaan keluarga kami termasuk ikan kerapu kukus, tom yam seafood, sambal udang, ikan masak sambal petai, sotong goreng tepung.

Selesai makan malam, kami terus ke ''homestay Penghulu" di Kempadang. Keadaan rumah semi-D tersebut agak selesa bagi kami sekeluarga. Rumahnya masih baru. Halamannya luas.Kkalau Di KL atau Selangor, entah berapa ratus ribu harganya, kalaupun tak mencecah juta. memang betul agaknya bahawa lokasi dan lokasi adalah faktor penting dalam menentukan harga sesuatu 'property''.

Tujuan utama musafir kami ke Kuantan ialah untuk mengadakan lawatan ke sebuah maahad Tahfiz di situ. Kami ingin mendengar sendiri kisah, pengalaman serta pengorbanan mudir maahad berkenaan, Ustaz Jamal pada peringkat awal pembangunannya sehinggalah kepada keadaannya pada hari ini. Sebelumnya, pihak kami telah menghubungi beliau dan telahpun membuat temujanji dengannya.

Alhamdulillah Ustaz Jamal menerima lawatan kami dengan baik. Beliau telah sudi berkongsi pengalamannya dalam membangunkan MABIQ. Tidak sedikit pengalam sukar dan cabaran yang telah beliau hadapi terutama diperingkat awal penubuhannya. Malah seketika beliau sebak dan menitiskan air mata mengenangkan detik detik yang sangat bermakna yang beliau telah lalui. Kami sangat teruja mendengar perkongsian beliau. Ustaz Jamal juga tidak lokek untk memberikan nasihat dan pandangan dalam menghadapi cabaran yang mungkin dihadapi bagi sesiapa saja yang beminat atau bercadang menubuhkan maahad tahfiz berdasarkan pengalamannya sendiri.

Insyaa Allah, diharaplan mudah mudahan dengan mendengar perkongsian beliau, apa yang mendorongnya, cabaran yang dihadapi dan pengorbanan yang telah beliau lakukan demi mencapai hasrat agar Al Quran terlekat di dada anak anak muda, dapat pula menyuntik semangat ke arah itu kepada kami sekeluarga. Sudah pasti apa yang Ustaz Jamal lakukan adalah satu amal jariah yang terpuji yang insyaa Allah akan menjadi saham yang sangat sangat diharapkan di akhirat nanti. Allahumma aamiin Ya Rabbalálamin.


Cappadocia, hotel gua dan Surah Al Kahfi: kenangan yang sukar dilupakan

Bismillahirrahmanirrahim

AllahummasolliálaMuhammad waálaaalihi wasahbihi wassalam

Teringatkan pengalaman melancong atau bermusafir ke Cappadocia, Turki. Sebelumnya kami suami isteri telah menghadiri kovokesyen anak kami di Mesir sambil menggunakan peluang tersebut untuk bercuti dan melancong ke negeri para ambia tersebut. Kami kemudian meneruskan percutian ke Turki dengan menaiki pesawat Egypt Air dari Iskandariah ke Istanbul. Di Istanbul kami tinggal di ''homestay'' yang diuruskan oleh seorang pelajar Malaysia. Dari situ kami hanya perlu menaiki tram untuk ke destinasi popular pelancongan sekitar Istanbul termasuk Masjid Biru, Masjid Sultan Ahmad, Muzium Islam, menikmati makanan laut di restoran pinggir Laut Bhosporus dan sebagainya.

Destinasi seterusnya ialah Cappadocia. Kami menaiki bas ekspres/bas metro dari Istanbul ke Cappadicia. Perjalanan dengan bas ke sana boleh tahan lamanya, terasa lenguh juga belakang kami. Alhamdulillah kami dapat tidor semasa dalam perjalanan. Dengan tidor dapatlah juga rehatkan minda kami dan tidaklah terasa lama sangat perjalanan tersebut.

Cappadocia bandar yang kurang sibuk dengan lanskap semula jadi yang sangat unik. Banyak terdapat struktur seperti bukit bukit gondol dengan bentuk yang unik. Penduduk tempatan memberikan nama nama tertentu kepada bukit bukit tersebut bersesuaian dengan mirip bentuk bukit tersebut.



Semasa di sana kami diberi pilihan samada mahu tinggal di hotel biasa atau hotel gua. Saya memilih untuk tinggal dan bermalam di hotel gua semata mata ingin merasakan pengalaman baru. Perjalanan ke hotel gua agak berliku liku dan mendaki bukit dengan kenderaan. Akhirnya kami sampai ke hotel gua kami. Ada juga rasa khuatir sekiranya runtuh pula gua tu. Agak sejuk di dalam gua tersebut. Ada dipasangkan ''heater'' tetapi tidak cukup untuk memanaskan badan. kami tidur berselimut tebal. Selepas solat Isyak, sebelum melelapkan mata, saya mengambil Al Quran. Sebelum membukanya, saya berkata kata di dalam hati "Ya Allah, aku nak baca Al Quran ni sebelum tidur.  Ya Allah, aku mohon Engkau tunjukkan mana mana saja ayat untuk aku baca pada malam ini dalam keadaan badanku yang agak keletihan ini dan pertama kali tidur dalam gua Ya Allah". Dengan membaca Bismillah...dan dengan memejamkan mata, lembaran lembaran mukasurat Al Quran berlari antara jari jari tangan dan kemudian berhenti pada muka surat yang saya berniat untuk membacanya. Apabila aku buka mata, saya benar benar terkejut apabila mukasurat yang  dibuka adalah permulaan surat Al Kahfi. Saya rasa teruja sangat sebab ketika itu kami berada di dalam gua. Kahfi bermaksud gua. Saya kejutkan suami yang baru terlelap untuk berkongsi perasaan teruja saya dan menunjukkan mukasurat pertama surat tersebut yakni muka pertama surah Al Kahfi kepadanya. "Allah suruh saya baca surah Al Kahfi malam ni" ujar saya..

Surah Al Kahfi mengandungi kisah pemuda pemuda beriman yang melarikan diri daripada pemerintah yang kafir dan zalim ke dalam gua. Mereka kemudiannya  ditidurkan oleh Allah SWT selama tiga ratus sembilan tahun. Surah ini juga menceritakan kisah Nabi Musa AS berjalan atau bermusafir bagi mencari ilmu untuk berguru dengan hamba Allah yang telah dikurniakan ilmu laduni. Diriwayatkan bahawa hamba Allah berkenaan ialah Nabi Khidir AS. Surah ini juga mengesahkan tentang pengalaman musafir Zulkarnain. Memandangkan keadaan kami yang sedang bermusafir dan menginap pula di dalam hotel gua,  Sehingga ke hari ini apabila saya baca surah Al Kahfi pada hari Jumaat terutamanya, saya pasti teringat peristiwa ini. Kisah ini sangat memberi kesan dan kekal menjadi kenangan yang sukar saya lupakan. Wallahu'alam.

Thursday, April 6, 2017

Four Guided Steps In The Quran for Self transformation (from Ustaz Nouman Ali Khan)

Bismillahirrahmanirrahim

AllahummasolliálaMuhammad waálaaliMuhammad wasohbihi wassalam

Alhamdulillah, dapat kesempatan mengikuti ceramah secara ''live'' Ustaz Nouman Ali Khan pagi tadi (6 April 2017) tentang "Empat Langkah Panduan Dalam Al Quran Bagi  Transformasi Diri (Four Guided Steps In The Quran for Self Transformation). Ustaz Nouman berkongsi pengalamannya bagaimana beliau mula mula mempelajari tentang agama Islam daripada ustaz dan masjid yang berbeza beza, yang menyebabkan beliau keliru dan tidak memperolehi ilmu yang jelas tentang Islam.Sehinggalah beliau bertemu dengan seorang guru pada bulan Ramadhan yang mengajarkannya Al Quran dengan terjemahan. Mulai dari situlah Ustaz Nouman merasakan satu hubungan yang bermakna dengan Al Quran dan berminat untuk mendalami Al Quran. Beliau berazam untuk terus mendalami Al Quran dan akan mengajarkan teknuk yang diajarkan oleh gurunya kepada orang lain.

Daripada pengalaman beliau dalam mempelajari Al Qurran atau mentaddabur Al Quran, belau sangat terkesan dengan Surah Al Jumaah yang 'resonate'dengan beliau dalam proses dan perjalanannya mempelajari dan mentaddabur Al Quran yang telah membaa transformasi dirinya secara dalaman dan luaran. Surah Al Jumaah adalah surah Madani dalam kategori surah Musabbihah yakni surah yang bermula dengan ''Yusabbihulillah...." yang bermaksud "declare Allah's perfection" (menyatakan tentang kesempurnaan Allah). Surat ini bermula dengan pernyataan kesempurnaan Allah dengan empat namaNya yang mulia (alma ul Husna). Selanjutnya Ustaz Nouman membaca dan menafsirkan ayat 1 hingga 3 daripada Surah Al Jumaah.

Terjemahan ayat ayat tersebut adalah seperti berikut:
1. Apa yang ada di langit dan apa ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah. Maharaja, Mahasuci, Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.

2. Dialah yang mengutus seorang rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah, meskipun sebelumnya, mereka benar benar dalam kesesatan yang nyata.

3. dan (juga) kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah  Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.

(4. Demikianlah kurnia Allah, yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki; dan Allah memiliki kurnia yang besar).

Setiap yang ada di langit seperti matahari dan yang di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah SWT. Empat nama Allah yang disebutkan dalam ayat pertama iaitu:
1. Al Malik      .(.King)
2. Al Quddus     (Pure)
3. Al Aziz          (Authority)
4. Al Hakim      (Wise)

 Al Malik (King) memiliki kekuasaan/authority serta sangat dihormati. Al Quddus bermaksud 'pure' suci bersih daripada sebarang kekurangan dan keburukan. Al Aziz Mahaperkasa menunjukkan kuasa dan authority. Sementara Al Hakim bermaksud Mahabijaksana.

Allah Tuhan mempunyai nama nama seperti disebutkan di atas telah mengutus rasul kepada kaum yang buta huruf, rasul yang daripada kalangan mereka sendiri. Rasul telah diutus kepada kaumnya bagi tujuan:
1. Membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
2. Menyucikan jiwa mereka
3. Mengajarkan kepada mereka Kitab (undang undang/peraturan)
4. Mengajarkan kepada mereka Hikmah (wisdom)

Sebagai utusan Allah, Rasul menjalankan tugas menyampaikan arahan yang empat tersebut yang hakikatnya berasal daripada Allah Tuhan yang memiliki empat nama yang dibacakan dalam ayat yang pertama. Empat nama Allah  yang disebut dalam ayat pertama sangat bertepatan dengan empat tugas yang perlu dijalankan oleh Rasulullah SAW. Rasul membacakan ayat ayat Allah Maharaja yang sangat berkuasa, mulia dan selayaknya sangat sangat di hormati (King). Tugas menyucikan jiwa kaumnya dengan mengajarkan iman mentauhidkan Allah serta meninggalkan sebarang bentuk syirik.Ini adalah perintah daripada Allah yang Mahaquddus (Pure). Tugas Rasul seterusnya ialah mengajarkan kitab yakni undang undang dan peraturan yang perlu dipatuhi. Perintah ini datangnya daripada Allah yang memiliki kekasaan/authoriy Mahaperkasa (Al Aziz). Rasul juga diperintahkan untuk mengajarkan hikmah (wisdom) kepada kaumnya. Dalam setiap hal Rasul menunjukkan tatacara dan contoh perilaku baginda sendiri untuk diikuti yang mengandungi hikmah (wisdom). Arahan ini bertepatan dengan nama asma ulhusna Mahabijaksana (Al Hakim).

Begitu indahnya seni susunan ayat ayat Allah serta perintah perintahNya yang hanya boleh dihayati sekiranya kita mentadabbur. Al Quran adalah satu mukjizat kepada Rasul kita Muhammad SAW. Sebagai lautan luas yang dalam yang sebanyak mana diselami tidak mungkin dapat menjangkau kedalaman dan keluasannya. Ilmu yang Allah kurniakan kepada kita hambaNya hanya ibarat setitik air sahaja berbanding perbendaharaan lautan yang luas dan dalam tersebut. Amat rugilah sesiapa yang tidak mengambil peduli Al Quran, apalagi kalau mendustakannya. Al Quran adalah kalam Allah tuhan kita yang merupakan mukjizat kepada rasul Nabi Muhammad SAW kekal sehingga akhir waktu.

Berdasarkan pendekatan yang telah diambil oleh Nabi Muhammad SAW, Ustaz Nouman melalui TV Bayyinah telah membangunkan satu pakej yang akan kita bergerak langkah demi langkah dalam memahami dan berinteraksi dengan Al Quran dengan lebih bermakna Bermula dengan membaca sedikit demi sedikit yang buahnya insyaa Allah akan menyucikan jiwa kita insyaa Allah. Seterusnya akan memahami peaturan/kitab yang difirmahkan Allah dalam Al Quran dan seterusnya mamahami hikmah di sebalik ayat ayat Allah. Proses ini berterusan insyaa Allah membawwa kita kepada pemafaman ang mendalam tentang Al Quran.

Program ini boleh diikuti langkah demi langkah  bermula dengan : 1) membaca, memahami dan refleksi Surah Al Fatihah. 2) mengikuti program "Divine speech" yang telah beliau jalankan yang akan benar benar meninkatkan kefahaman kita bahawa Al Quran adalah daripada Allah; Langkah 1 dan 2 adalah selari dengan langkah Rasul iaitu untuk terus membacakan ayat ayat Allah insyaa Allah Langkah 3) mengikuti 'thematic overview'' dan 4)'' çoncise commentary''. Dengan mengikuti secara berulang ulang diharapkan dapat menyucikan jiwa kita insyaa Allah. Langkah seterusnya ialah "deeper look'' yang akan memberikan kefahaman yang mendalam tentang Al Quran dan hikmah disebalik ayat ayat Allah yang dibaca, insyaa Allah.

Mari kita sama sama menyahut ajakan Ustaz Nouman Ali menggunakan pakej TV Al Bayinnah yang beliau telah bangunkan supaya kita Allah Tuhan Rabb kita kefahaman tentang kitabNya serta dikurniakanNya hikmah (wisdom) melalui ikhtiar kita dalam mendekatkan diri kepada Al Quran, mentaddabur kitab suci ini Insya Allah. Ya Allah bantulah kami untuk membaca ayat ayatMu, mentaddabur memahami dan beramal dengan ayat ayatMu. Kami mohon agar Engkau kurniakan kami hikmah, iaitu pemberian yang bererti kebaikan yang banyak dari sisiMu. Allahumma aamiin Ya Rabb.



Wednesday, April 5, 2017

Lima Perkara Yang Akan Ditanyakan Kepada Setiap Orang Di Hadapan Allah Pada Hari Kebangkitan

Bismillahirrahmanirrahim
Allahummasolliálasaiyidina Muhammad waálaalihi wasohbihi wassalam

Setiap anak Adam tidak akan bergerak daripada tempat berdirinya di hadapan Allah pada Hari Kebangkitan sehingga dia ditanya tentang lima (5) perkara iaitu: hidupnya apa yang ia telah lakukan semasa hidupnya; masa mudanya untuk apa ia telah menggunakan masa mudanya; harta kekayaannya dari mana ia dapati dan untuk apa harta itu ia telah gunakan; dan ilmunya untuk apa ia telah gunakan (Hadith riwayat At Tirmizi).

Bila kita renungkan hadith ini, maka kita sedari bahawa setiap detik yang kita lalui, hidup kita, usia kita, harta benda kita dan ilmu kita semuanya akan dipersoalkan nanti. Kita bertanggungjawab atau accountable atas semua perkara. Sewajarnya kita merasa emas dan khuatir akan nasib kita ketika itu. tidak dapat kita berdolak dalik atau mencari helah, segalanya tercatat secara detail di suratan amalan kita. Bukan masa untuk beralasan di sana nanti.

Sewajarnya kita perlu dan tidak boleh tidak kena bertindak bijak sekarang, semasa kita masih dihidupkanNya di dunia ini. Kita perlu menghisab lima perkara tersebut sekarang. Masa tidak pernah menyebelahi kita. Apakah kita telah gunakan hidup kita seperti yang dikehendaki oleh Allah SWT iaitu untuk mengibadati Allah SWT. Sudahkah kita benar benar menjadi hamba Allah. apakah kita sudah benar benar beriman dengan enam rukun iman iaitu beriman kepada Allah; beriman kepada para rasul; beriman kepada kitab Allah; beriman kepada malaikat; beriman kepada hari akhirat dan beriman kepada qada''dan qadar. Apakah kita sudah mentauhidkan Allah SWT dengan sebenar benarnya dan tidak langsung tercemar oleh syirik. Semua dosa Allah boleh ampunkan tetapi tidak sekali kali dosa syirik, nauzubillah. Semoga Allah SWT pelihara kita daripada dosa syirik.

Apakah kita sudah menjalankan rukun Islam sebagaimana yang disyariatkan seperti yang ditunjuk dan diajarkan oleh Rasulullah SAW. Rukun Islam yang lima: bersyahadah (syahadatain); mendirikan solat; berzakat; berpuasa di bulan Ramadhan; dan mengerjakan haji sekiranya sudah mampu dan cukup syaratnya. Setiap syariat dan amal ibadat yang diwajibkan itu perlu berpandukan sumber daripada Rasulullah SAW. Iman dan Islam perlu di lengkapi dengan ihsan. Komponen ihsan yang seringkali kurang diberikan penekanan atau keutamaan. Ihsan adalah menyedari akan Allah. Apabila kita beribadat merasa seolah olah melihat Allah dan sedar bahawa Allah benar benar melihat kita.

Masa muda kita hanya sekali kita alami. Masa mudalah lumrahnya kita memiliki fizikal yang kuat dan cantik. Jiwa yang bersemangat membara 'darah muda', sekiranya tidak dituntuni oleh iman, Islam dan ihsan, terdedah kepada menurut tuntunan hawa nafsu semata mata. Hawa nafsu sering mengajak kepada keburukan dan ammarah kecuali hawa nafsu yang dirahmati oleh Allah SWT. Beruntunglah sesiapa yang menggunakan masa mudanya yang gagah kuat dan penuh bertenaga untuk mentaati Allah, mentaati Rasullullah SAW. Berjuang untuk agama Allah dengan menjalankan kerja dakwah bagi mengajak manusia kepada iman dan agama Islam.

Kita juga bertanggung jawab terhadap harta yang dimiliki. Mencari dan memiliki harta perlu dengan cara yang halal, tidak dengan tipu muslihat atau menzalimi orang lain. Bagaimana kita menggunakan harta kita.Apakiah kita sudah menggunakannya untuk Islam dengan membayar zakat, bersedekah dan untuk perjuangan fisabilillah. Umpamanya untuk menyokong kerja dakwah dan menyebarluaskan ajaran Islam di muka bumi ini. Sekiranya kita dapat lakukan perkara perkara ini, maka beruntunglah kita insyaa Allah.

Ilmu yang kita perolehi dengan izinNya, apakah kita gunakan ke arah kebaikan. Tidak kiralah ilmu agama, ilmu sains atau apa sahaja cabang ilmu yang kita perolehi, dapat kita manafaatkan untuk kebaikan ummah demi mencari keredhaan Allah. Ataukah ilmu kita itu semata mata kita gunakan untuk mencari kesenangan duniawi semata mata. Umpamanya bagi mengejar pangkat dan harta dan sanjungan manusia sahaja. Yakinlah bahawa sekiranya ilmu kita tidak digunakan ke arah kebaikan untuk manafaat ramai demi mencari redha Allah SWT, maka ilmu tersebut tidak membawa apa apa keuntungan di dunia apa lagi di akhirat. Bahkan kemurkaan Allah yang akan diperolehi, nauzubillah.

Dalam kita menghalusi dan menghisab lima perkara tersebut, masa usia kita yang berbaki di dunia ini jangan sekali kali di sia siakan supaya dapat terus mempergiatkan usaha dan mengambil langkah yang strategik dan efektif supaya kelima lima perkara tersebut menjadi sumber atau resources yang berharga dan terhad bagi bekalan kita untuk menghadapi saat dan ketika kita berdiri di hadapan Allah ST di Hari Kebangkitan di akhirat nanti. Sekaranglah masanya untuk memikirkan dan pertimbangkan secara mendalam apakah sebenarnya 'vision' dan 'mission' yang kita tetapkan bagi persediaan kita untuk kita apabila bertemu dan berdiri di hadapan Allah  kelakRabbuljalil  di Hari Kebangkitan atau Hari Pembalasan. Ya Allah Ya Rabb bantulah kami agar dapat kami lakukan yang terbaik dengan lima perkara yang Engkau titipkan kepada kami agar kami selamat serta mendapat redhaMu di akhirat nanti. Allahumma Aamiin Ya Rabb.





Friday, March 17, 2017

Insan Yang Dicintai Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahirabbilalamin
Selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat baginda.

Pastinya setiap orang daripada kita ingin sekiranya kita tergolong di kalangan insan yang dicintai Allah SWT kerana tidak ada rasanya yang lebih bahagia daripada mendapat cinta Allah, Rabb Pencipta kita semua.

Ingin dikongsikan di sini secara ringkas isi kandungan buku Insan Yang Dicintai Allah"karangan Ahmad Sholeh terbitan Jasmine Enterprise. Sekurang-kurangnya dengan melihat senarai yang berkenaan insyaa Allah kita dapat melihat ke dalam diri kita apakah semuanya, sebahagiannya ada pada diri kita masing masing atau sebaliknya. Semoga menjadi motivasi bagi kita untuk mencapai matlamat untuk termasuk di kalangan insan yang dicintai Allah SWT, Allahumma aamiin Ya Rabbalalamin.

A. Perbuatan yang paling dicintai Allah:
     1. Beriman kepada Allah
     2. Silaturrahim
     3. Menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar
     4. Agama yang dicintai Allah adalah agama yang lurus dan penuh toleransi
     5. Perkara perkara yang Fardhu dan Wajib
     6. Solat pada waktunya
     7. Berbakti kepad orang tua
     8. Berjihad di jalan Allah
     9. Banyak bersujud
     10. Berzikir kepada Allah
     11. Allah mencintai Tasbih, Tahmid,Tahlil dan Takbir
     12. Allah mencintai Tasbih dan Ta'dzim
     13. Solat malam
     14. Puasa yang paling dicintai Allah ialah puasa Nabi Daud AS
     15. Allah mencintai witir
     16. amal soleh yang dilakukan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah
     17. Surah Al falaq surah yang paling dicintai Allah
     18. Allah mencintai jumlah jamaah yang paling banyak dalam solat jamaah
     19. Jihad yang paling dicintai Allah adalah kalimah haq (benar) yang diucapkan kepada pemimpin            yang zalim
     20. Allah redha Islam sebagai agama
     21. Allah redha kepada tiga perkara - Dia redha kamu menyembahNya dan tdak
           menyengutukanNya; kamu berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai  
           berai; kamu saling memberi nasihat terutama kepada siapa yang telah menguruskan hal kamu

B. Manusia yang dicintai Allah:
     1. Orang orang yang berbuat baik
     2. Orang orang yang bertaqwa
     3. Orang orang yang bertawakal
     4. Orang orang yang sabar
     5. Orang orang yang mengikuti utusanNya
     6. Orang orang yang berjuang di jalanNya  
     7. Orang orang yanf bersikap lemah lembut kepada orangMukmin dan keras kepada orang kafir
     8. Orang orang yang bersikap adil
     9. Orang orang yang bertaubat dan bersuci
     10. Hambanya yang mendekatkan diri kepadaNya dengan ibadat ibadat sunat
     11. Pemimpin yang adil
     12. Orang yang paling bermanafaat
     13. HambaNya yang  paling baik akhlaknya
     14. Orang yang memiliki sifat berikut iatu orang yang melaksanakan amanah; orang yang
            bersikap jujur dan orang yang bersikap baik kepada jiran tetangga
     15. Orang mukmin yang kuat
     16. Orang yang berjihad
     17. Orang yang melaksanakan solat  malam
     18. Tetangga yang sabar
     19. Orang yang bersikap zuhud
     20. Orang yang membaca Surah Al Ikhlas
     21. Orang yang pemurah
     22. Orang yang bermanafaat bagi keluarganya
     23. Orang yang menyegerakan berbuka puasa
     24. Orang yang taqwa, kaya dan tersembunyi
     25. Orang miskin yang menjaga kehormatannya
     26. Hamba yang ingin bertemu denganNya
     27. Orang yang mencintai kerana Allah
     28. Orang yang mencintai Hasan dan Husin
     29. Orang yang mencintai kaum Ansar
     30. Orang yang bersedekah dengan sembunyi sembunyi
     31. Orang yang murah hati (samahah)
     32. Orang yang beriman dan megerjakan amal soleh
     33. Orang yang mengikuti kaum Muhajjirin dan Ansar dengan baik
     34. Orang yang tidak menjadikan musuh Allah sebagai teman setia
     35. Orang yang menginfaqkan hartanya demi mencari redhaNya
     36. Orang orang tidak menyukai orang orang yang menentang Allah dan RasulNya
     37. Orang yang menanjurkan sedekah, melakukan perbuatan baik dan mendakan perdamaian
     38. Allah meredhai jiwa yang mukmin dan tenang
     39. Allah meredhai orang yang redha menghadapi ujian
     40. Allah meredhai orang yang memujiNya aktu makan dan minum

C. Perkara yang dicintai Allah:
     1. Allah mencintai perkara perkara yang mulia
     2. Allah mencintai akhlak mulia
     3. Allah mencintai sifat memaafkan
     4. Allah mencintai sifat lemah lembut
     5. Allah senang terhadap pujian
     6. Allah mencintai uzur
     7. Allah mencintai sumpah denganNya
     8. Allah mencintai al Hilm (santun) dan Al Anat (tidak tergesa gesa)
     9. Allah mencintai sifat malu dan satr (menutup)
     10. Allah mencintai keindahan
     11. Allah mencintai waktu perang dan bersedekah
     12. Allah senang apabila rukhsyah (keringnanNya) di kerjakan

Semoga Allah SWT izinkan kita melakukan apa dan perkara yang dicintai dan disenangiNya dan seterusnya insyaa Allah menjadikan kita antara orang yang dicintai dan disenangiNya, Allahumma aamiin Ya Rabb.






Monday, March 13, 2017

Manusia dicipta untuk menyembah dan mengibadati Allah SWT



Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, setelah sekian lama blog ini tidak dikemaskini, dengaan izinNya insya Allah ingin dicoretkan di sini terutamanya bagi peringatan diri sendiri. Untuk apa Allah SWT menciptakan kita yang bergelar manusia. Dengan itu, mudah mudahan kita sedar dan dapat mengarahkan niat dan amal perbuatan kita kepada mencapai tujuan sebenar tersebut, insyaa Allah.

Dalam Surat az- Zariyat (ayat 56), terjemahannya seperti berikut:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Jelas daripada ayat ini bahawa tujuan sebenar Allah SWT menciptakan kita manusia ini adalah untuk menyembah dan beribadat kepadaNya. Begitu juga tujuan diciptakanNya jin.

Oleh itu, dalam apa jua keadaan dan pekerjaan yang perlu kita lakukan dalam melalui kehidupan di dunia ini, semoga dapat kita mengarahkan kompus hidup kita ke arah matlamat atau tujuan yang telah ditetapkan oleh allah SWT. Luruskan niat kita dalam apa sahaja aspek hidup kita iaitu fizikal, mental dan spiritual adalah semata mata dalam kerangka yang telah ditentukan iaitu bagi mmenyembah dan beribadat kepadaNya semata mata. 

Andaikata kita mempunyai tujuan selain daripada yang telah disebutkan, maka tersasar jauh kita daripada tujuan yang Allah SWT telah tetapkan. Setinggi mana pun kejayaan yang dicapai serta mendapat pengiktirafan semua manusia, sekiranya semata mata mencapai tujuan diri kita sendiri, keperluan keluarga atau masyarakat bahkan dunia sekalipun, tetap tidak bermakna sekiranya tidak diniatkankan dan dilaksanakan secara amaliah dalam konteks menyembah dan mengibadati Allah SWT Tuhan Pencipta kita dan segala isi alam ini, samada yang ghaib dan yang nyata.

Allahumma Ya Rabb, bantulah kami untuk sentiasa meluruskan niat kami dalam apa saja amalan pekerjaan kami agar sentiasa dapat mengarahkannya dan tidak lupa kerana  semata mata menyembahMu dan mengibadatiMu. Allahumma aamiin Ya Rabb.






Thursday, November 13, 2014

Dekatkan Diri Dengan Allah: Melazimkan Membaca Al Quran dan Zikir Asma Ul-Husna

Bismillahirrahmanirrahim,

Teringat dengan resolusi yang pernah saya putuskan dan tindakaan yang diambil suatu ketika dulu yang pada hemat saya melambangkan kesedaran atau zikir dan bentuk hubungan dengan  Allah SWT. Yang pertama: Jangan meninggalkan membaca Al Quran iaitu kitab kalamullah yang diturunkan untuk kita semua. Bukan sekadar dibaca dengan bertajwid tetapi yang lebih penting ialah cuba memahami maksudnya dengan membaca terjemahannya. Alhamdulillah, dapat kesempatan mempelajari terjemahan secara harfiah dengan Ustaz Hadi berserta asas nahu Bahasa Arab bertujuan semata-mata untuk memahami makna Al Quran. Alhamdulillah apabila dibuat secara berulang-ulang kita akan dapat mengingati banyak perkataan di dalam Al Quran, kerana banyak juga perkataan yang sering kali diulang di dalam Al Quran. Setiap kali habis dibaca atau khatam, terus diulang lagi dimulai semula dengan surah Al Fatihah dan terus ke surah Al Baqarah dan seterusnya sehingga khatam lagi. Setiap kali khatam direkodkan untuk rujukan mengukur pencapaian sendiri dan juga untuk motivasi diri sendiri. Walau tidak begitu mudah, diusahakan juga supaya istiqamah dalam melazimkan membaca kitabullah ini.

Yang keduanya: berazam untuk mengingati dan memahami nama-namaNya Asma ul-Husna. Dengan mengingati dan memahami makna 99 nama atau Asma ul-Husna, sekurang-kurangnya in sha Allah sebagai hujah di hadapan Allah SWT bahawa diri ini ingin sentiasa sedar dan berzikir kepadaNya. Alhamdulillah, dengan selalu mengulang-ulangi secara berlagu, matlamat untuk hafal zikir tersebut lebih mudah dicapai. Seterusnya, difahami erti atau makna setiap Asma ul-Husna supaya dapat menghayati nama-nama tersebut sesuai dengan maknanya. Di samping itu, apabila ada kesempatan bersama-sama dengan anak (di dalam kenderaan umpamanya) bersama-sama mengulangi membaca Asma ul Husna. Mohon kepada Allah SWT supaya dapat istiqamah dengan amalan ini aamiin...

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa membimbing kita untuk mencari jalan mendekatkan diri kepadaNya dan semoga kita semua mendapat petunjukNya agar sentiasa  mengikut jalan ''Siratulmustaqim" sebagaimana yang sentiasa kita mohon dengan Surah Al Fatihah yang kita baca di dalam dan juga di luar solat.

Saturday, November 9, 2013

Mari Kita Dirikan Solat Sunat Dhuha

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbilálamin
WasolatuwassalamálasaiyidaMuhammad waálaalihi wasahbihiajmain

Solat sunat Dhuha adalah salah satu solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Bercerita tentang solat Dhuha ini, terimbau kembali kenangan semasa pertama kali melakukan ibadat umrah bertahun-tahun yang lalu bersama-sama tiga orang anak. Ketika itu mereka masih lagi di sekolah rendah. Salah satu yang dirasakan keperluan ketika itu ialah membawa bersama-sama buku panduan amalan terutamnya panduan solat-solat sunat. Seperti kebiasaan jemaah yang lain-lain juga, waktu berada di Masjidil Haram diguna dengan sebaik-baiknya termasuk mendirikan bermacam-macam solat sunat yang tidak biasa dilakukan sebelumnya, termasuklah solat sunat Dhuha. Pada hari pertama di Masjidil Haram, saya mengajak kedua-dua anak perempuan untuk bersama-sama mendirikan solat Dhuha.

Seketika selepas selesai memberi salam solat Dhuha, saya terkejut dengan bunyi yang agak kuat betul-betul di hadapan saya. Rupa-rupanya ada seorang lelaki Arab meletakkan satu guni tamar di hadapan kami. Tidak perasan saya dari arah mana dia datang, tiba-tiba sahaja muncul. Dia terus mengambil buah-buah tamar dari dalam guni tersebut dan memberikannya kepada saya dan anak-anak yang di kiri dan kanan saya. Apabila datang beberapa orang perempuan berjubah hitam dengan anak-anak mereka, lelaki Arab tersebut berkata-kata dengan suara yang agak keras dan tidak mahu memberikan kepada mereka (mungkin mereka memang biasa meminta-minta di masjid, Allahuálam). Peristiwa berkenaan menjadikan saya merasa benar-benar kagum dan terpegun. Saya benar-benar merasakan Allah mahu menunjukkan secara serta merta kepada saya dan anak-anak bahawa Allah memakbulkan doa hamba-hambaNya. Fadhilat solat sunat Dhuha bertepatan dengan yang diucapkan dalam doa solat sunat tersebut. Saya seolah-olah ditanya: apa kurang yakinkah kamu kepada janji dan sifat Maha Pemurah, Maha Pemberi (Al Wahhab) Allah? Tidak tergambarkan rasa terharu di hati saya mendapatkan sedekah buah kurma yang sangat enak dan manis dengan tidak disangka-sangka. Saya kongsikan kurma tersebut dengan suami dan anak-anak, dan saya simpan sedikit untuk dibawa balik ke Malaysia untuk diberikan kepada ibu saya juga.

Peristiwa berkenaan sangat terkesan di hati saya. Sering saya mengulang tayang cerita berkenaan bersama anak-anak, juga dikongsikan dengan sanak saudara dan sahabat-sahabat sebagai satu pengalaman menarik semasa di Masjidil Haram dan sebagai motivasi untuk sama-sama mendirikan solat sunat Dhuha. 

Maksud doa solat sunat Dhuha:
"Ya Allah! Sesungguhnya waktu dhuha itu, waktu DhuhaMu, kecantikan itu kecantikanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah! sekiranya rezekiku ada di langit maka turunkanlah. Jika ada di bumi keluarkanlah. jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah dengan kebenaran (berkat) dhuhaMu, kecantikanMu, kekuatanMu dan kekuasaanMu, limpahkan kepadaku apa yang engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Hadith Rasulullah SAw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang memelihara jaminan (yang ada pada) solat Dhuha, terampun baginya dosa-dosa sekalipun (dosa-dosanya) umpama buih di lautan.

Semoga Allah permudahkan kita semua untuk melakukan amal kebaikan termasuklah solat Dhuha. Semoga juga diikhlaskan hati kita oleh Allah SWT melakukannya semata-mata keranaNya. Urusan rezeki kita  serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT.

Lahaulawalaquwwataillabillah

Thursday, November 7, 2013

Bilakah waktu, di manakah tempat dan siapakah yang mustajab doa

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirabbilálamin
Washolatuwassalam ála asyrafilanbiyaiwalmursalin wa''alaalihi wasahbihi ajamain

Kita sebagai hamba Allah sentiasa dalam keadaan memerlukan dan bergantung hanya kepadaNya setiap saat detik waktu. Seperti dalam Surah Al Ikhlas, ayat 2: 
A002
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat"

Justeru, telah diajarkan kepada kita untuk berdoa dan memohon hanya kepadaNya bagi sebarang keperluan kita baik secara umum atau khusus. Dalam kita berdoa, lebih elok sekiranya kita mengetahui akan ketika/waktu yang mustajab untuk berdoa menurut hadith Nabi SAW untuk dimanafaatkan. Di samping   waktu mustajab, terdapat juga tempat-tempat mustajab untuk berdoa. Tambahan lagi, pada masa kita berdoa untuk sebarang hajat, kita juga boleh meminta orang-orang yang diriwayatkan mustajab doanya oleh hadith Nabi untuk mendoakan kita.

Waktu/ketika mustajab doa:
1. Antara azan dan iqamah
2. Ketika akan memulai solat dan sesudahnya
3. Ketika sujud dalam solat
4. Ketika 'ítidal akhir dalam solat
5. Ketika antara waktu zohor dan asar
6. Ketika waktu asar dan maghrib
7. Pada waktu asar hari Jumaat
8. Pada hari Jumaat dan malamnya
9. Ketika di tengah malam
10.Ketika sepertiga akhir malam dan waktu sahur
11.Ketika khatam Al Quran
12.Ketika hujan 
13.Pada bulan Ramadhan, terutama malam Lailatulqadar
14.Pada malam pertama hari Raya Aidilfitri
15.Pada malam pertama Hari Raya Haji
16.Ketika khatib duduk antara dua khutbah
17.Ketika khatib turun dari mimbar
18.Pada Hari Arafah, terutamanya di Arafah
19.Ketika berhadapan dengan musuh di medan perang
20.Ketika melihat Kaabah
21.Ketika melihat Masjid Rasulullah SAW
22.Ketika melakukan tawaf

Tempat-tempat mustajab doa:
1. Di pintu Kaabah, dalam Kaabah
2. Di Multazam
3. Di telaga Zam Zam
4. Di belakang makam Nabi Ibrahim
5. Di atas Bukit Safa dan Marwah
6. Di Makam Rasulullah SAW
7. Di Muzdalifah
8. Di Mina
9. Di Jamrah ketiga

Orang-orang yang mustajab doa:
1. Doa ibu bapa kepada anak-anak
2. Doa anak-anak soleh untuk ibu-bapa
3. Doa orang yang teraniaya atau dalam kesusahan
4. Doa seorang sahabat untuk sahabatnya tanpa diketahuinya
5. Doa orang yang sedang dalam musafir
6. Doa orang yang berpuasa sehingga berbuka
7. Doa pemimpin yang adil

Mari kita sama-sama manafaatkan peluang yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk meraih makbul dalam doa-doa yang kita panjatkan. Sebagai seorang yang berakal sejahtera, kita tidak sekali-kali akan mensia-siakan kesempatan yang diberikan, bahkan akan berusaha supaya dapat berada dalam ketika atau tempat-tempat yang telah disebutkan untuk kita memohon dan berdoa dengan khusyuk dan yakin dimakbulkan Allah. Kita juga tidak perlu segan untuk meminta orang-orang yang disebutkan sebagai makbul doanya terutamanya ibu-bapa kita, mendoakan sebarang kebaikan atau hajat yang kita inginkan. Sebagai ibu-bapa, seharusnya kita sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anak kita di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Hindarkan daripada mengeluarkan kata-kata tidak baik seperti maki hamun kepada anak-anak kita, dikhuatiri ianya akan jadi doa yang dimakbulkan, nauzubillah. Meskipun ada perbuatan atau perkataan anak-anak yang kurang disenangi, tetap maafkan mereka dan doakan kebaikan untuk mereka.

Masih ingat lagi ketika mengandungkan anak-anak dahulu, boleh dikatakan saya tidak pernah lupa meminta ibu bapa dan suami mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kedua-dua ibu dan anak dalam kandungan dan dipermudahkan proses melahirkan. Setiap hari Jumaat, dipesankan kepada suami agar menggunakan waktu antara dua khutbah untuk memanjatkan doa. Alhamdulillah, semua kehamilan dan kelahiran anak-anak saya Allah permudahkan. Mungkin ini boleh dikongsikan dengan ibu-ibu yang mengandung.

Elok kita manafaatkan waktu kita bermusafir untuk berdoa dan memohon apa saja kebaikan yang kita hajatkan. Sekiranya ahli keluarga kita, sahabat dan sebagainya yang bermusafir, minta mereka tolong mendoakan kita. Saya sering berpesan kepada anak-anak supaya tidak lupa berdoa untuk diri mereka dan yang lain-lain juga ketika bermusafir. Semoga Allah bimbing kita untuk sentiasa bergantung hanya semata kepadaNya dan menjadikan kita di kalangan orang yang makbul doanya, aamin ya rabbul'alamin. 


Lahaulawalaquwwataillah




Sunday, November 3, 2013

Mereka yang Mewarisi syurga (Menurut Hadith Nabi SAW) Bhg 2

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirrabbilálamin
Wassolatiwassalamuála asyrofilanbiyaiwalmursalin waálaalihi wasahbihiajmain


26. Tiga Golongan Ahli Syurga
Maksud Hadith Nabi SAW "Hendakkah kalian aku beritahukan dengan laki-laki yang dimasukkan ke dalam syurga? jawab mereka, bahkan hai Rasulullah ingin kami dengan yang itu. Katanya, Nabi masuk syurga, orang yang siddiq masuk syurga, orang yang ziarah ke tempat saudaranya di samping kota, tidak ziarah ke sana, kecuali hanya kerana Allah, juga ini masuk syurga". (Riwayat AtThabroni).

27. Wanita yang baik hati/banyak anaknya
Maksud hadith nabi SAW "Hendakkah kalian aku khabarkan dengan wanita-wanita yang akan mewarisi syurga? Itulah mereka yang pengasih sayang, banyak anak, selalu minta maaf kalau dia bersalah, ini tanganku di tangan engkau, aku tidak boleh tidur kecuali engkau redha"(Riwayat AtThabroni).

28. Orang yang berjihad di jalan Allah
Maksud Hadith Nabi SAW "Barangsiapa berdebu kakinya di jalan Allah, nescaya Allah haramkan dia masuk neraka" (Riwayat AtTirmizi).

29. Pelajar yang membangkitkan agama Islam

Maksud Hadith Nabi SAW "barang siapa meninggal dunia dalam keadaan menuntut ilmu, dengan niat hidupnya agama islam. maka antaranya dengan para Nabi cuma satu darjaat dalam syurga"(Riwayat AdDarami).

30. Guru-guru agama yang mengajarkan syariat Islam
Maksud hadith Nabi SAW "Barang siapa pada waktu pagi dan petang, dalam keadaan mengajarkan ilmu agama Islam, maka dia adalah ahli syurga" (Riwayat Abu Naim)
Syaratnya ialah dilakukan tugas tersebut dengan ikhlas semata-mata kerana Allah.

31. Yang manis bicara/solat tengah malam

Maksud hadith Nabi "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada beberapa kamar, yang dapat dilihat luarnya dari dalam, dan dalamnya dapat dilihat dari luar. kata seorang sahabat yang datang dari desa, bagi siapa itu wahai Rasulullah?
Jawabnya : Bagi orang yang harum manis dalam perkataan, selalu menjamu orang dengan makanan, berpuasa sentiasa ia biasakan, solat di malam hari, manusia sedang tidur". (Riwayat AtTirmizi).

32. Orang yang dermawan/suri rumah tangga/pembantu
Maksud Hadith Nabi SAW "Sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Besar, betul betul akan memasukkan dengan sebab sesuap roti, atau sejemput kurma, atau apa saja yang ada manafaatnya bagi para fakir miskin, tiga orang ke syurga, yakni yang menyuruh supaya barang itu disedekahkan, dan isteri yang memasaknya, dan pembantu yang tolong memberikan kepada tangan si miskin". (Riwayat Al Hakim).

33. Orang yang berkorban di hari Raya Haji
Maksud hadith Nabi SAW "Barang siapa berkorban dalam keadaan senang jiwanya, menuntut keredhaan Allah pada pengorbanabnya, yang demikian itu adalah bahagiannya yang menjadi tembok yang mendinding dari apai neraka ". (Riwayat AtThabroni).

34. Orang yang membesarkan keagungan Allah
Maksud hadith Nabi SAW "barangsiapa menuntut supaya saudaranya bersumpah, tetapi ia tahu bahawa saudaranya itu orang yang biasa berdusta, ia tinggalkan kerana mengingat kebesaran Allah kalau ia bersumpah, maka orang itu diwajibkan untuknya syurga". (Riwayat Abu  Shekh ibnu Haiyyan).

35. Orang yang melaksanakan enam prinsip agama
Maksud hadith Nabi SAW "Jaminkanlah peliharakanlah bagiku enam pokok dalam diri kalian, aku jamin untuk kalian syurga, Hendaklah benar apabila berkata, tepatilah janji apabila kalian berjanji, sempurnakanlah apa-apa yang kalian diamanatkan orang, peliharalah kemaluan kalian, pejamkan mata kalian (dari melihat yang diharamkan), pertahankan tangan-tangan kalian (dari menyakiti orang)". (Riwayat imam Ahmad).

36. Hakim yang adil
Maksud hadith Nabi SAW "Hakim itu ada tiga orang, satu yang ke syurga dan dua yang ke neraka. ada pun yang masuk ke syurga ialah seorang lelaki yang tahu kebenaran, lalu ia laksanakan dengan sebenarnya". (Riwayat AtTirmizi).

37. Orang yang menangis takut kepada Allah
Maksud Hadith Nabi SAW "Tidak masuk api neraka seorang pria yang menangis kerana takut kepada Allah, sehingga air susu dapat kembali kepada tetek".(Riwayat AtTirmizi).

38. Orang yang setia kepada Rasul
Maksud hadith nabi SAW "Sekelian umatku masuk syurga, kecuali orang-orang yang enggan. tidak setia. barangsiapa patuh dan taat kepadaku masuk syurga, barangsiapa tidak setia dan tidak patuh akan daku, sesungguhnya itulah orang yang enggan, tidak setuju". (Riwayat AlBukhori).

39. Orang yang mengekang marah
Maksud hadith Nabi SAW "barangsiapa dapat menahan marah, padahal dia berkuasa untuk melepaskan kemarahannya, nanti dia akan dipanggil Allah di tengah khalayak ramai di hari kiamat, allah kasih kepadanya, bidadari yang mana saja beliau mahu pilih". (Riwayat AtTirmizi).

40. Orang yang mengamalkan penghulu Istighfar
Maksud hadith Nabi "Penghulu doa minta ampun (Allahumma anta Robbi.....) barangsiapa membacanya dengan keadaan yakin penghulu istighfar ini dengan keadaan yakin pada waktu petang, maka apabila meninggal dunia pada malam itu nescaya ia masuk syurga. Dan barangsiapa membacanya dengan keadaan yakin pada waktu pagi, apabila mati ia pada hari itu, nescaya ia masuk syurga". (Riwayat AlBukhori).

41. Orang yang mengharap syurga serta takut api neraka
Mmaksud hadith Nabi SAW "Hanya yang akan masuk syurga itu ialah orang yang mengharap syurga, juga yang menjauhi api neraka ialah yang takut kepada api neraka. juga yang Allah kasihi ialah yang bersifat sayang kepada makhlukNya". (Riwayat alBaihaqi).

42. Orang yang mendapat khusnul Khitam
Maksud hadith Nabi saw "Barang siapa ada pada akhir perkataannya Laillahaillallah nescaya masuk syurga". (Riwayat Abu Daud).
Pernah Nabi SAW berkata pada suatu hari, "Perbaharuilah iman kamu, kata para sahabatnya, bagaimana kami akan memperbaharui iman kami wahai rasulullah, jawabnya perbanyakkan mengucap zikir Laillaha illallah. 
Orang yang kuat imannya, insya Allah kuat juga amal ibadatnya dan tidak mudah terjerumus ke dalam dosa dan maksiat. Juga dalam hadith qudsi bahawa laillahaillallah adalah benteng, sesiapa yang masuk ke dalam benteng Allah, dia aman dari azabnya.

Semoga Allah bimbing dan berikan kekuatan kepada kita untuk beramal ibadat selari dengan panduan yang digariskan oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW melalui hadithnya. Kita berdoa dengan penuh harapan semoga Allah merahmati kita dan berkenan memasukkan kita nanti ke dalam syurganya dan menghindarkan kita dari azab neraka, aamin ya Rabbul álamin.

Lahaulawala quwwataillabillah


   

Monday, October 28, 2013

Mereka Yang Mewarisi Syurga (Menurut Hadith Nabi SAW) Bhg.1

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahirrabbilálamin
Wassolatiwassalamuála asyrofilanbiyaiwalmursalin waálaalihi wasahbihiajmain

Beberapa ketika dulu saya teringatkan sebuah buku yang saya perolehi di Madinah secara percuma semasa pergi menunaikan umrah bersama-sama suami dan tiga orang anak-anak saya beberapa tahun yang lalu.. Buku tersebut telah lama saya selesai membacanya. Pernah terdetik di hati untuk berkongsi isi kandungannya dengan pengunjung-pengunjug blog saya tetapi tidak berkesempatan untuk melakukannya.


Hari ini, saya teringat kembali kepada buku berkenaan dan syukur diberikan saya kemahuan yang kuat untuk mendapatkannya dari celah-celah koleksi buku yang saya miliki. Saya merasa sangat beruntung memiliki buku tulisan K.H. Ahmad Jamhuri Jaharis Nuruddin, bertajuk "Siapakah Yang Mewarisi Syurga Dan Yang Memasuki Api Neraka". satu buku atau kitab yang memberikan pencerahan tentang kategori manusia dengan ciri-ciri sikap dan amalan mereka yang menurutHadis Nabi SAW layak untuk menjadi ahli syurga atau sebaliknya akan memasuki neraka, naúzubillah.

Selepas saya teliti, tidak ada larangan daripada pengarang atau pihak penerbit untuk dikongsikan isi kandungan buku tersebut, malah pengarang mengharapkan agar risalah tersebut dapat dimiliki oleh setiap rumah muslimin, dan beliau berharap agar dapat mengetuk pintu hati hartawan yang boleh menyumbang harta untuk mencetak risalah berkenaan untuk diedarkan dengan percuma. Mulia sungguh hati pengarang berkenaan. Semoga Allah kurniakan segala kebaikan kepada beliau atas usaha murninya dan semoga ini menjadi amal jariah beliau dengan ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.

Sifat semula jadi jiwa manusia ingin masuk syurga dan dijauhkan daripada api neraka. Ini sesuai dengan ajaran AlQuran dan sunah rasul supaya kita cepat minta ampun kepada Allah, segera meminta syurga dan berlindung dari api neraka. Allah selalu memanggil kita ke rumahNya Darussalam, rumah yang aman sentosa. Kita disuruh supaya bertaqwa kepada Allah dan mengejar rahmatNya yang melimpah ruah.


Memang ada yang berkata, beramal bukan untuk syurga atau takut bukan kerana api neraka. Perkataan tersebut adalah menurut maqam mereka. Syurga sudah ditentukan penghuninya dan neraka pun begitu. Justeru mungkin akan ditanya beramal untuk apa? jawapannya tidak lain, kita beramal adalah semata-mata menjunjung perintah Allah, menandakan diri kita yang patuh dan taat kepadaNya.


Kita dilarang berserah diri kepada qadha dan qadar tanpa beramal kerana qadha dan qadar ketentuan manusia yang masuk ke syurga atau ke neraka tidak kita ketahui. Oleh sebab itu kita disuruh beramal. Disuruh mengharapkan syurga dan dilarang mendekati jalan ke api neraka.


Syurga adalah tempat yang amat indah dan mewah, penuh kebahgiaan dan tidak ada langsung kepayahan. Tiada langsung kotoran, apa yang dimakan an minum hanya akan menjadi keringat yang berbau harum.


Pengarang ini telah mengumpulkan hadith-hadis dari kitab-kitab seperti Bukhari, Muslim, Abi Daud, Attirmizi, Annasai, Ibnu Majah dan lain-lain yang insya Allah bukan hadith yang maudhu. Saya ingin kongsikan dahulu tentang siapakah yang mewarisi syurga dan kemudian  nanti insya Allah akan disambung dengan siapakah pula yang akan masuk neraka, naúzubillah.

Mereka yang mewarisi syurga :


1. Orang yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa.

Maksud Hadith Nabi SAW "Barang siapa mati, tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu apa pun jua, nescaya masuk syurga" (Mutafaqun álaih).

2. Orang yang bersolat setiap sesudah berwudhuk.

Maksud Hadith Nabi SAW "Tidak ada seseorang Muslim yang berwudhuk, ia sempurnakan wudhuknya, kemudian solat dua rakaat, menghadap dengan ikhlas kepada Allah dengan hatinya dan mukanya, kecuali pastilah baginya syurga" (Riwayat Muslim). Solat dimaksudkan di sini lebih kepada solat sunat.

3. Orang yang berpuasa

Maksud hadith Nabi SAW "Syurga ada lapan pintu, salah satunya yang bernama Arrayyan, tidak akan masuk dari sana kecuali orang-orang yang berpuasa"(Mutafaqqun álaih).

4. Orang yang pemurah

Maksud Hadith Nabi SAW "Syurga adalah istana para dermawan, orang-orang yang pemurah" (Riwayat Atthabrani).

5. Orang yang mendapat haji mabrur

Maksud Hadith Nabi SAW "Haji yang mabrur tidak ada balasannya kecuali syurga" (Riwayat Imam Ahmad).

6. Orang yang berdoa sesudah berwudhuk

Maksud Hadith Nabi SAW "Tidak ada dari kalian, seseorang yang berwudhuk, ia sempurnakan wudhuknya, kemudian membaca doa seperti berikut:

اَشْهَدُ اَنْ لاَاِلَهَ الا اللَّه وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ

وَاَشْهَدُ اَنْ مُحمَّدا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ المُتَطَهِّرِيْنَ
وَاجْعَلْنِي مِنْ عِبَدِك الصَّالِحِيْنَ

(terjemahannya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad hambaNya dan pesuruhNya.
Ya Allah jadikanlah aku daripada orang yang bertaubat
dan golongkanlah aku daripada hambaMu yang soleh)
Kecuali dibukakan baginya pintu syurga yang lapan, terserah dia masuk dari pintu mana yang dia suka" (Riwayat Muslim).
7. Orang yang mendirikan solat empat rakaat sebelum zuhor)
Maksud Hadith Nabi SAW "Barangsiapa selalu mengamalkan solat sunat empat rakaat sebelum solat zuhor, dan empat rakaat sesudahnya, diharamkan jiwanya atas api neraka" (Riwayat Attirmizi).  
8. Orang yang membaca Ayatulkursi dan Suratulikhlas sesudah solat
Maksud Hadith Nabi SAW "Sesiapa yang membaca ayatulkursi setiap selepas solat fardhu, tiada yang melarang dia untuk masuk syurga kecuali mati. dan Imam Aththabrani menambahkan dalam riwayat lain, ayatulkursi tambah suratulikhlas" (Riwayat Annasai', Aththabrani).
9. Orang yang sentiasa sembahyang dhuha
Maksud Hadith Nabi SAW "Sesungguhnya di syurga itu ada sebuah pintu yang dikenal dengan pintu Dhuha. maka apabila hari kiamat, memanggil orang yang memberitahukan. Mana orang-orang yang keadaannya sentiasa mengerjakan solat dhuha. Inilah dia pintu yang khusus untuk kalian, masuklah dari sana dengan rahmat Allah"(Riwayat Atthabroni).

10. Wanita-wanita yang berbakti kepada Allah dan suami

Maksud hadith Nabi SAW "Apabila solat perempuan itu beres kelima-lima waktunya, dia puasa bulan Ramadhan sepenuhnya, dan dia pelihara kehormatannya (kemaluannya), dan berbakti terhadap suaminya, nanti di hari qiamat akan dikatakan kepadanya masuklah melalui pintu syurga yang mana yang engkau suka" (Riwayat Imam Ahmad)

11. Orang yang menyumbangkan harta bagi membangunkan masjid

Maksud hadith nabi SAW "Barang siapa membangun masjid kerana Allah, nescaya Allah bangunkan baginya sebuah rumah di syurga"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

12. Orang yang selalu solat berjamaah di masjid

Maksud Hadith Nabi SAW "Barang siapa pagi-pagi ke masjid atau petang hari, nescaya Allah nanti sediakan baginya jamuan setiap pagi dan petang" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

13. Orang yang membersihkan masjid

Maksud Haith Nabi SAW "Barang siapa yang membuang kotoran, sampah dari masjid, nescaya Allah bangunkan baginya sebuah rumah dalam syurga" (Riwayat Ibnu Majah).

14. Orang sentiasa mengumandangkan azan

Maksud Hadith Nabi SAW "Barang siapa melakukan azan satu tahun. Wajib pasti baginya syurga" (Riwayat Al Baihaqi).

15. Orang yang membersihkan/membuang halangan dari jalanan

Maksud Hadith Nabi SAW "Sesungguhnya aku lihat seorang pemuda mundar mandir di dalam syurga, kerana ia telah memotongg satu ranting kayu di atas jalan, yang menyakiti atau menyukarkan kaum muslimin yang lalu di sana" (Riwayat Muslim) 

16. Orang yang kasih sayang terhadap binatang

Maksud Hadith Nabi SAW "Menghampiri seorang lelaki kepada sebuah perigi, lalu turun minum di sana. Berhampiran perigi ada seekor anjing dalam keadaan haus, timbul di hatinya rasa kasihan, lalu turun melepaskan sebelah kasutnya lalu di isi dengan air dan air tersebut diberikan kepada anjing. Dengan demikian, Allah berterima kasih kepada perbuatannya, Allah masukkannya ke dalam syurga"  (Riwayat Muslim).

17. Orang yang mengasuh anak yatim

Maksud Hadith Nabi SAW "Aku dan orang yang memelihara anak yatim bersama-sama di dalam syurga seperti ini. Ia contohkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya"(Riwayat Attirmizi).

18. Orang yang membantu mereka yang haus dan lapar

Maksud hadith Nabi SAW "Sesiapa saja yang beriman memberi makanan kepada mukmin yang menderita lapar, nescaya Allah memberikan makanan kepadanya di hari kiamat dengan buah-buahan syurga. Siapa saja yang memberikan minuman kepada mukmin yang kehausan, kelak dia akan diberi minum oleh Allah SWT di hari kiamat nanti dengan minuman arak yang semerbak baunya. Siapa saja yang memberi pakaian kepada saudaranya yang beriman dalam keadaan tanpa pakaian, nescaya Allah memberikan pakaian kepadanya pada hari kiamat dengan kain yang hijau dari syurga"(Riwayat Attirmizi). 

19. Orang yang memberi makanan kepada yang berhajat

Maksud Hadith Nabi SAW "Barang siapa memberi makanan kepada orang yang sakit sesuai dengan seleranya, nescaya Allah memberi makan kepadanya buah-buahan dari syurga"(Riwayat Atthabroni).

20. Orang fakir miskin

Maksud Hadith Nabi SAW "Berdialog syurga dan neraka, berkata syurga, penghunikan adalah orang rendah dan fakir miskin" (Riwayat Attirmizi)
Juga sudah dinampakkan syurga kepada Nabi SAW, ternyata yang paling ramai penghuninya ialah orang dhaif/rendah dan fakir miskin. Memang watak si miskin selalunya merendah iri, manusia sering bersikap sombong apabila merasa kaya.

21. Orang yang membimbing orang buta

Maksud Hadith Nabi SAW "Barang siapa yang membimbing orang yang buta sampai empat puluh langkah, wajib ditentukan baginya syurga"(Riwayat Abu Naim).
Selalunya tidak akan berbuat demikian kecuali orang yang tawadhuk dan tidak sombong.

22. Orang yang mengasuh tiga orang anak perempuan

Maksud Hadith Nabi SAW "Barangsiapa memelihara tiga orang anak perempuan, ia berikan pendidikan kepada mereka, kemudian ia kahwinkan mereka semuanya dan berbuat baik kepada mereka, maka balasan baginya adalah syurga"(Riwayat Al Hakim).
Sekali pun seorang anak perempuan saja, pahala tetap ia dapati.

23. Orang yang kematian tiga orang anaknya

Maksud hadith Nabi SAW "Tidak ada dari seseorang Muslim, yang anaknya meninggal dunia belum sampai dewasa, kecuali Allah masukkan ia ke syurga, sebab kurnia rahmat Allah terhadap mereka"  (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pernah Rasulullah SAW ditanya, bagaimana kalau dua orang sahaja yang meninggal? Jawabnya sekalipun dua, sekalipun satu. Mereka akan menolong ibu bapa mereka di padang Mahsyar, dengan membawa air minuman dan membimbing ibu bapa mereka ke dalam syurga.

24. Orang yang menjadi buta

Maksud Hadith Nabi SAW "kata Saidina Anas, aku dengar rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah Yang Maha Mulia dan Besar berfirman (hadith qudsi) apabila Aku kenakan bala hambaku pada dua biji mata yang disayanginya. maka diterimanya dengan sabar, nescaya Aku ganti yang dua itu tadi dengan syurga (yang dua itu adalah matanya)"(Riwayat Al Bukhari).

25. Orang yang selalu memuji Allah

Maksud Hadith Nabi SAW "Yang pertama dipanggil masuk syurga adalah orang-orang selalu memuji Allah. Mereka sentiasa mengucapkan Alhamdulillah". (Riwayat Abu Naim)
Sentiasa memuji Allah samada di waktu senang atau di waktu susah.

(Insya Allah bersambung...)


Saturday, October 26, 2013

Doa sebagai wirid dan zikrullah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Saudara/saudari yang dimuliakan dan semoga sentiasa dirahmati Allah. 

Kita semua tahu bahawa Islam adalah agama yang syumul. Tiada ruang waktu atau ketika dalam kehidupan seharian kita yang boleh kita dakwa tidak termasuk dalam skop peraturan atau tatacara yang dianjurkan Islam berdasarkan daripada sumber Al Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW.  

Mulai daripada ketika celik mata bangun tidur waktu pagi sehinggalah kita hendak memejamkan mata untuk tidur pada malam hari, Rasulullah SAW mengajarkan kita adab dan bermacam-macam doa sebelum melakukan sesuatu perbuatan atau tindakan. 
Sebaik-baik doa adalah doa yang mengikut apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW, samada yang bersumber daripaa AlQuran atau hadiths Nabi SAW. Peraturan berdoa pula seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW ialah:
i) Dimulakan dengan pujian-pujian kepada Allah SWT serta selawat kepada Nabi SAW baru diikuti dengan doa yang kita kehendaki 
ii) Mengangkat kedua belah tangan ke paras bahu dan menyapu ke muka selepas selesai berdoa
iii) Percaya dan yakin bahawa doa kita akan diperkenankan oleh Allah SWT
    (semua di atas berdasarkan hadith Nabi SAW)
iv) Berdoa dengan penuh kusyuk dan tawadhuk serta dengan suara yang perlahan seperti Firman Allah dalam Surah Al 'Araf ayat 55, yang maksudnya "Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan secara perlahan kerana sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang yang melewati batas".

Terdapat berbagai-bagi buku di pasaran tentang doa-doa pilihan yang bersumberkan Al Quran dan Hadith Nabi SAW yang boleh kita perolehi untuk dijadikan rujukan. Dalam sehari semalam berbagai-bagai doa yang sepatutnya kita hafal dan menjadi amalan kita agar rahmat dan pertolongan Allah dilimpahkan kepada kita, hambaNya yang lemah. Di samping itu, berdoa adalah merupakan ibadat bagi kita orang Muslim, sebagaimana disebut dalam sebuah Hadith Nabi SAW. 

Terdapat banyak ayat alQuran yang menggalakkan kita untuk berdoa, antaranya ialah:
- Surah Al Mukmin, ayat 60 maksudnya "Dan berfirman oleh Tuhan kamu, berdoalah kamu kepada Aku, nescaya Aku perkenankan bagi kamu" 
- Surah Al Baqarah, ayat 186 bermaksud "Dan apabila hamba-hambaNya bertanyamu (wahai Muhammad) tentang Aku (maka beritahulah) sesungguhnya Aku hampir, Aku memperkenankan doa orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu".

Doa-doa yang sepatutnya kita hafal dan amalkan dalam seharian antaranya ialah:
-doa bangun tidur
-doa masuk tandas
-doa keluar tandas
-doa sesudah wudhuk
-doa ketika memakai pakaian
-doa keluar rumah
-doa naik kenderaan
-doa masuk rumah
-doa menuju ke masjid
-doa masuk masjid
-doa keluar masjid
-doa sesudah azan
-doa antara iqamah dan azan
-wirid/doa selepas solat fardhu dan juga solat sunat
-doa/wirid waktu pagi/petang
- dan seterusnya....
memang banyak untuk disenaraikan semuanya di sini.

Kebanyakan daripada doa-doa yang tersebut diatas adalah juga menjadi wirid (bermaksud amalan yang tetap atau sentiasa dilakukan samada dalam bentuk bacaan atau yang seumpamanya). Wirid termasuk dalam zikrullah iaitu cara mengingati dan taqarrub yakni mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT membimbing dan membantu kita untuk dapat mengamalkan doa-doa dan wirid sebagaimana yang diajarkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan akhirnya kita tergolong dalam golongan yang sentiasa mengingati Allah (ahli zikrullah) dan mendapat pertolonganNya di dunia dan di akhirat, aamin.

Lahaulawalaquwwata illabillah
Rujukan;
1. Himpunan Doa-Doa Pilihan  dari Al Quran & Al Hadis Serta Terjemahannya (Prof. Dr Haron Din & Ust Ishak Din) Darul Nu'man
2.Wirid Rasulullah S.A.W. Pagi dan Petang (Dr Abdullah Yasin) Al Furqan Enterprise

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, setelah hampir sedekad berkhidmat kepada penghuni penghuni rumah kami, akhirnya unit unit 'sho...