Sunday, April 28, 2013

Pilihlah Yang Memberatkan Hawa Nafsu

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillahirobbilálamin
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam

Saban masa dan ketika dalam kita meniti kehidupan ini, kita tidak dapat lari daripada membuat keputusan atau memilih antara pilihan yang ada. Berbagai cara dapat kita gunakan dalam membantu kita membuat keputusan. Umpamanya dengan berfikir secara serius, berbincang atau meminta pendapat orang lain dan sebagainya. Cara yang dianjurkan dalam Islam sekiranya kita benar-benar kurang pasti dalam menentukan keputusan ialah dengan mendirikan solat istikharah.  Kita mohon semoga Allah memberikan kita petunjuk untuk membuat keputusan yang terbaik. 

Saya sangat tertarik dengan petikan hikmah daripada Syaikh Ibn `Atha`illah as-Sakandiri yang boleh dijadikan panduan dalam membuat pilihan, seperti berikut:
"Apabila ada dua hal yang membuat kalian bingung (memilihnya), maka perhatikanlah mana yang lebih memberatkan nafsu kalian, lalu ikutilah.  Sebab, tidak akan memberatkan hawa nafsu selain hal yang sebenar".

Tentang nafsu, telah dinyatakan dalam Al Quran akan kecenderungannya  dalam surah Yusuf (12:53):
A053
Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku.  Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Daripada ayat ini, kita juga diperingatkan bagaimana caranya untuk terselamat dari keburukan nafsu iaitu dengan berdoa dan memohon rahmat daripada Allah SWT yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.

Semoga kita semua dirahmati Allah dan terselamat dari membuat pilihan yang salah kerana menuruti dorongan oleh hawa nafsu.

Lahaulawalaquwataillabillahil'aliyil'azim.

Wassalam. 


1 comment:

  1. Sands Casino | Play the Slots at the Best Online Casinos
    Play at the Best Online Casinos ✓ Slots ✓ Table Games ✓ Mobile 메리트 카지노 주소 Casino ✓ Online Poker ✓ Online Blackjack ✓ Welcome 온카지노 Bonus! septcasino

    ReplyDelete

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, setelah hampir sedekad berkhidmat kepada penghuni penghuni rumah kami, akhirnya unit unit 'sho...