Friday, May 3, 2013

Pesanan oleh Almarhum Al-Ustaz Badi Al-Zaman Sa'id Nursi

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillahirobbilálamin
Allahumma solliálaMuhammad waála alihi wasahbihiwasallam

Almarhum Al-Ustaz  Badi Al-Zaman Sa'id Nursi adalah tokoh mujahid dan mujadid Islam abad ke 14 Hijrah. Seluruh kehidupannya telah dikorbankan dalam perjuangan menegakkan kembali  Islam selepas runtuh bersama runtuhnya Kerajaan Islam Uthmaniah oleh kuasa sekularism pimpinan Kamal Antartuk.  Riwayat hidup dan perjuangan tokoh yang satu ini sangat menarik dan luar biasa serta dapat memberikan inspirasi dalam perjuangan kita memelihara keimanan, menegakkan amal soleh serta menjauhi kemungkaran dan kekufuran.

Bediuzzaman Said NursiBediuzzaman Said Nursi

Seperti di bawah adalah sedutan pesanan yang dikutip daripada tulisan  Almarhum Al-Ustaz  Sa'id Nursi yang in sya Allah dapat dimanafaatkan bersama:

Sekiranya kamu inginkan teman, cukuplah Allah bagi kamu

Sekiranya kamu ingin penasihat, cukuplah kematian bagi kamu
Sekiranya kamu inginkan kekasih, cukuplah al-Quran bagi kamu
Sekiranya kamu inginkan harta, cukuplah qanaah bagi kamu
Sekiranya kamu inginkan musuh, cukuplah nafsu bagi kamu

Semoga kita sentiasa mengejar redha Allah dan semoga Allah redha kepada kita semua, amin ya Rabb.


Lahaulawalaquwwataillabillahil'aliyil'azim.
wassalam


No comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, setelah hampir sedekad berkhidmat kepada penghuni penghuni rumah kami, akhirnya unit unit 'sho...